ul.menu {list-style-type:none;width:auto;position:relative;display:block;height:33px;font-size:.6em;background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_qegyMQIYhWwYJWFDOEGLH8jakcuubdNLFqViHlYm42uhifkJLee-5UP45ZdYDTCf4OIw7yndmsrEGVEkfIJCFE2PSLe4FcdPM0YrxCDJLfmCCAvBoUboaiDh3977fmIk5B8vKK3XreY/s1600/bg.png") repeat-x top left;font-family:Verdana,Helvetica,Arial,sans-serif;border:1px solid #000;margin:0;padding:0;} ul.menu li {display:block;float:left;margin:0;padding:0;} ul.menu li a {float:left;color:#A79787;text-decoration:none;height:24px;padding:9px 15px 0;font-weight:normal;} ul.menu li a:hover,.current {color:#fff;background:url("https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_qegyMQIYhWwYJWFDOEGLH8jakcuubdNLFqViHlYm42uhifkJLee-5UP45ZdYDTCf4OIw7yndmsrEGVEkfIJCFE2PSLe4FcdPM0YrxCDJLfmCCAvBoUboaiDh3977fmIk5B8vKK3XreY/s1600/bg.png") repeat-x top left;text-decoration:none;} ul.menu .current a {color:#fff;font-weight:700;} /*Garis Merah*/ ul.menu.red{background-color:#B11718;} ul.menu.red li a:hover, .menu.red li.current {background-color:#DE3330;}

musikku

http://www.4shared.com/mp3/6QrX51uN/di_galesong.html

Jumat, 28 Februari 2014

Amalan nama - nama Allah atau
Asma'ul Husna untuk mendapat
hati yang terang, memori yang
mantap, fikiran yang cerdas serta
cepat memahami tentang perkara
dan segala ilmu yang dipelajari :
1. Ya Hakiim
Dibaca sebanyak 300 kali selepas
solat Subuh dan Maghrib. Lalu
berdoa, Insya'Allah akan
dikurniakan kecerdasan.
2. Ya Ba'ith
Dibaca sebanyak 100 kali sehari,
hati akan menjadi terang dan
bersih. Pengamalnya akan
memperolehi ilmu dan hikmah
(kebijaksanaan).
3. Ya Mubdi'u
Dibaca sebanyak 470 kali setiap
hari untuk mencapai kejayaan
dalam setiap usaha yang
dijalankan, fikiran menjadi
kreatif, cerdas dan jernih.
4. Ya Maajid
Dibaca sebanyak 400 kali setiap
hari, akan dikurniakan akal yang
cerdas, fikiran yang tajam dan
hati yang bersih.
5. Ya Rashiid
Dibaca sebanyak 1,000 kali di
antara Maghrib dan Isyak.
Pengamalnya akan dianugerahkan
kepintaran, ketajaman fikiran dan
kepandaian.
6. Ya Rahman
Dibaca selepas sembahyang
Maghrib dan Subuh dengan
sebanyak-banyaknya.
Pengamalnya akan dihilangkan
penyakit lupa, dianugerahkan
fikiran yang terang, akal yang
kuat dan tidak mudah kelam-
kabut.
7. Ya Muhaimin
Dibaca selepas solat Isyak akan
kuat dalam menghafaz sesuatu dan
hilang kelupaannya.
1. ILMU GENIUS YANG DIAJAR OLEH
RASULLULLAH S.A.W.
Pada suatu hari Saidina Ali r.a.
mengadu kepada Rasullullah s.a.w.
mengenai kelemahannya dalam
mengingati sesuatu. Lalu
Rasulullah s.a.w. mengajarkan
suatu amalan yang sungguh agung.
Sekiranya diamalkan dengan
tekun dan bersungguh-sungguh,
pengamalnya akan memiliki
ingatan yang tidak akan lupa
perkara-perkara yang telah
diingati. Amalan ini dibaca
sebanyak 40 kali setiap selesai
sembahyang Subuh dan Asar pada
setiap hari :
Kemudian Sayyidina Ali
menceritakan:
"Setelah itu saya membacanya
setiap pagi dan petang dengan
tetap dan tekun. Maka Allah
mengurniakan kepada saya
ingatan yang tidak pernah terlihat
oleh mata dan tidak pernah
terdengar oleh telinga."
Maksudnya beliau dikurniakan
dengan ingatan yang sungguh
menakjubkan, sehingga beliau
mengaku tidak mengetahui adanya
sejenis ingatan yang terlalu luar
biasa seperti yang dimiliki
olehnya. Inilah yang digelarkan
'Ingatan Fotografi'.
2. Rasullulah telah bersabda,
"Sekiranya membaca Al-Fatihah
dengan wudhu' sebanyak 70 kali
sehari selama 7 hari pada satu
bekas yang diisikan air. Kemudian
air itu ditiup, lalu diberi minum
kepada orang lain atau
meminumnya sendiri, maka Allah
akan mengurniakan kepadanya
ilmu dan hikmah, menyucikan hati
dan menganugerahkan kepintaran
sehingga tidak akan lupa apa yang
telah didengar selama-lamanya
(genius dan fotografi)".
Demikianlah hadis yang
dinukilkan dari dua buah kitab
ilmu hikmat yang terkenal iaitu
Khazinatul Asrar dan Sirrul-
Fatihah.
3. Sebuah hadis Nabi s.a.w. riwayat
dari Salman r.a., "Barangsiapa
menulis ayat Kursi dengan
za'faran (komkoma) sebanyak 7
kali pada telapak tangan
kanannya lalu menjilatnya
selepas setiap kali selesai ditulis,
maka dia tidak akan lupa buat
selama-lamanya (memiliki
ingatan fotografi) dan malaikat
memohon keampunan untuknya ".
Seorang ulama' menceritakan
bahawa amalan ini sangat mujarab
sehingga beliau dapat menghafal
sebanyak 10,000 hadis.
4. Berikut adalah selawat amalan
Syeikh Ali Al-Tarabulsi, seorang
buta tetapi sangat soleh dan alim.
Berkat mengamalkannya beberapa
lama, beliau dikurniakan oleh
Allah kepintaran yang laur biasa
(genius), daya konsentrasi dan
memori yang menakjubkan. Para
ulama' sezamannya kagum dengan
kemampuan beliau mengingati
puluhan kitab bersekali dengan
tajuk, bab, halaman, perenggan,
ayat, baris malah noktahnya.
Amalan ini boleh dilakukan pada
sebarang masa terutamanya
selepas sembahyang fardhu. Inilah
amalannya :
Ya Allah, limpahkanlah rahmat
dan keselamatan ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad
s.a.w. dan keluarganya
sebagaimana tiada batas bagi
kesempurnaan-Mu dan sebanyak
bilangan kesempurnaannya (Nabi
Muhammad s.a.w.)